Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Thursday, April 2, 2015

Gaji Lagi

Gaji Week #3 - Semoga Ada Barokah
Upah Keringat Tulang Empat Kerat
Dapat gaji lagi. Alhamdulillah. Sepatutnya hari jumaat iaitu esok baru dapat gaji tapi bos awalkan sehari sempena cuti easter dua hari & majlis makan2 hari ini.

Kerja di OZ ni penting untuk dapat kerja dgn kontraktor yg sesuai. Bagi Pak Din kira beruntung juga sebab:

  1. Setakat ni hari2 ada kerja. Banyak siap kerja maka banyak upahnya. Kerja secara kontrak ni selalunya half day je, jadi ada byk masa untuk rehat & rawat.
  2. Kerja penat2 dan dibayar gaji on time. Ini penting. Kontraktor Pak Din setakat ni sangat reliable dlm soal bayar gaji pekerja. Takde tipu dlm calculation.
  3. Kalau dua syarat di atas dipenuhi maka perkara2 lain boleh la anggap remeh sahaja. Kerana ramai juga yg Pak Din jumpa kerjanya sekejap ada sekejap tak ada. Ada juga yg kerja tapi gaji liat atau tak dibayar oleh kontraktor.
  4. Soal lompat2 kerja pun satu topik yg popular juga. Ada kata kerja sana bagus atau kerja situ lumayan, tapi indah khabar dari rupa. Satunya krana jenis kerja di OZ byk bergantung pada faktor musim dan cuaca. Keduanya setiap kali berpindah akan melibatkan kos. Ramai yg gagal capai apa yg di hajati kerana cakap tak serupa bikin. Fikir masak2. Kalau dpt bertahan maka sabar itu lebih afdal.

Seronok gaji mingguan di OZ ni. Gaji minggu ke-3 Pak Din & Mak Wan ada peningkatan. Semoga Allah beri kekuatan dan kesihatan yg baik.

@@@

3 comments:

  1. salam Pak Din,
    Saya berminat nak berhijrah kesana boleh beri tunjuk ajar

    ReplyDelete
  2. Salam pak din saya Bahari ingin ke sana untuk menyelesaikan sedikit bebanan hutang . no Wassup saya 0164401755.harap pak din Leh ar membantu bantu sesama islam

    ReplyDelete
  3. Salam pak din saya Bahari ingin ke sana untuk menyelesaikan sedikit bebanan hutang . no Wassup saya 0164401755.harap pak din Leh ar membantu bantu sesama islam

    ReplyDelete