Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Tuesday, April 21, 2015

Bersih Ladang

Alhamdulillah setelah 4 hari tiada kerja, hari ni ada kerja. Selama hari ni kerjanya petik buah tomato, tapi hari ni kerja baru.

Kerja bersihkan tanah ladang yg sudah di bajak. Tugasnya ialah pungut bahan buangan seperti batu, serpihan kayu, cebisan besar plastik dan sisa plastik tiub air.

Kat tapak ladang ni banyak mesin traktor pelbagai fungsi yg agak canggih.

Di OZ farmer is king. Ladang masing2 luasnya saujana mata memandang. Satu row pokok tomato boleh menghasilksn A$30k untuk satu musim. Cuba imagine ratusan row yg ada. Kaya giler.

Ramai tadi yg merungut sebab kerja macam tak mencabar minda. Namun Pak Din & Mak Wan bersyukur kerana masih ada kerja di kala orang lain yg kami kenal takde kerja.

Cuaca agak sejuk kerana windy. Nasib baik Pak Din pakai snow cap tadi, dapat cover telinga drp deruan angin sejuk. Esok pergi kerja pukul 6:30am. Sambung kerja sama di lot baru pula.

Ada kerja ada masyuk. Itu agak utama di OZ ini.






No comments:

Post a Comment