Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Thursday, April 2, 2015

Cuti Easter

Gathering Makan2 Rakan Seusaha Di Bumi OZ
Hari ni & besok cuti sempena cuti easter di OZ ni. So Pak Din & Mak Wan ambil peluang gi jalan ke pekan Echuca.

Kami naik bas VJLine pk 9:40am dan kembali pk 12:55pm. Round trip A$8.80 each. Trip about 20 min.

Di Echuca ada kedai Salvation Army Thrift Shop. Setiap hari selasa & khamis semua pakaian di offer A$1 sehelai. So apa lagi Mak Wan pun borong sakan.

Yg free pun Mak Wan dapat 6 helai iaitu di pilih kat free rack. Price tag siap di pangkah. Semua elok dan cantek.

Konsep kedai sebegini patut ada di Malaysia. Orang ramai boleh derma barang2 terpakai & akan di jual dgn harga murah giler di kedai ini bahkan ada yg di bagi free. Sangat berkebajikan untuk rakyat. Hasil jualan akan di sumbang ke badan amal.

Pak Wan pulak dapat apa yg di cari iaitu 4 caps (50 sen each), sweater dua helai ($1.50 each) dan yg utama ialah a very classy winter jacket for only A$10.

Pastu kami shopping di Pasaraya Coles. Pak Din beli byk jugak barang yg offer half price. Habis A$18 je. Tu yg syok.

Balik ke caravan park majikan belanja buat jamuan makan2 kpd para pekerja yg seramai 35 org. Masak 8 ekor ayam halal yg majikan beli di pekan Bendigo pagi tadi.

Mak Wan tolong masak ayam goreng sambal pedas & kueh beke for desert. Satu lagi menu utama ialah kari ayam di masak oleh bro hanip yg berpengalaman keja catering.

Seronok juga dpt makan ramai2 skali sekala begini. Takde la rasa penat keja ladang je.

@@@

No comments:

Post a Comment