Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Wednesday, April 22, 2015

Jalan2 Santai

"Anggaplah kita ini jalan2 santai sambil menghirup udara segar," kata Pak Din kepada bro Luis, teman sekerja bekas kakitangan awam, perantau dari Sabah. Dia tersenyum tanda setuju. Mak Wan juga mengangguk sama.

"Udara persis di Cameron Highlands," tambah saya. "Tapi istimewanya kita ini di Australia," balas Luis pula.

"Kalau dulu saya di Sabah, selalu upah budak2 pengakap dan pandu puteri bersihkan rumah saya, kini tidak sangka pula saya yg kerja bersih ladang," cerita Luis sambil tersenyum.

Bagi Pak Din, kita wajar melihat sesuatu dgn positif. Sikap Luis yg sering tersenyum dan melakukan sesuatu tanpa keluhan, menambat hati saya.

Sekarang musim payah kerja. Ramai rakan2 lain yg sudah berhari-hari tanpa kerja. Jadi Pak Din sangat bersyukur bila ada kerja.

Tadi kontraktor ada cerita bahawa dia carikan kerja ini supaya kami semua dapat kerja. Maklumlah dah dua minggu kami off 4 hari direct.

Masing2 jugak blur soal upah. Tadi kontraktor ada sebut apa yg farmer bagi akan di bahagi sama rata. Katanya setiap hekter tanah ladang yg siap di bersihkan di bayar A$100.

Luis cakap satu hekter bersamaan 2.5 ekar. Satu blok ladang Luis congak kira2 2.5 hekter.

Pak Din pun kira2 mamak, satu blok A$250 bahagi 20 org, dapat le A$12 seorang setiap blok. Hari ni siap 4 blok. Semalam siap 5 blok. So dapat le upah kira2 A$50 seorang sehari. Jadi le, ye tak?






No comments:

Post a Comment