Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Saturday, April 25, 2015

Total Breakdown

"Hari ini kerja?" tanya Pak Din kpd Roy, org kanan Apex kontraktor. "Kerja," jawab Roy. So confirm kerja. Pak Din dan Mak Wan pun bersiap macam biasa.

Sebenarnya ada yg keliru samada kerja atau tidak. Khabarnya ada juga yg tak mau kerja sebelum di beri upah kerja pembersihan yg sudah di lakukan semenjak 3 hari lalu, tanda protes.

"Kita sedia saja lah," kata Luis bila saya tanya otw balik dari bilek mandi tadi. Luis memang selalu positif.

Di pendekkan cerita, kerja pembersihan ladang (kutip sampah) diteruskan buat kali ke-4.

Namun berbeza dgn beberapa hari lepas, jumlah sampah sisa2 plastik hitam cukup banyak. Sebab utamanya ialah tanah yg tidak di gembur secukup oleh jentera bajak.

Pak Din dapat lihat suasana yg agak stress kerana beban kerja yg lebih dan kesamaran dlm soal upah. Akhirnya semua buat keputusan untuk balik dan tidak mahu meneruskan kerja yg di rasa tidak berbaloi itu.

Breakdown dan tidak puas hati dgn Apex kontraktor tentang soal kerja kutip sampah dan masalah upah ini mungkin akan menyaksikan perpecahan pada grup seramai 25-30 org ini. Sedih juga bila Pak Din fikirkan.

Akan ada yg akan membawa halatuju baru untuk mencari peluang kerja di tempat lain.








No comments:

Post a Comment