Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Sunday, July 26, 2015

Ronda Ronda Di Bendigo











Pak Din kerja pruning grape 5 hari seminggu. Jadi sabtu dan ahad dapat la berehat. Semalam Pak Din pi jalan2 ke Bendigo. Naik bas pukul 9:20am dan pulang naik train pukul 7:17pm.

Sempat cover byk gak area yg blom d teroka sebelum ini walau pun Pak Din dan Mak Wan dah dua kali dtg. Pak Din dtg berenam kali ni. Byk gak posing tangkap gambar terutama dua anak perempuan Pak Din krana ini kali pertama mereka ke Bendigo.

Yang best sekali bila pi kedai outlet Rivers. Byk barangan yg murah. Rivers ni brand OZ yg ori. Pak Din beli jaket winter $15 yg harga asal $70. Spend dlm dua jam jugak la kat kedai tu.

Rata2 bandar kat OZ ni cantek dan bersih. Banyak park dan bangunan2 yg menarik. Pak Din paling respek public toilet depa memang super bersih. Pemandu kreta pulak memang berhentikan kereta jika tgk org lintas jalan.

Masih byk tourist spot yg tak sempat dilawati termasuklah pelbagai muzium dan art gallery. Bendigo akan Pak Din kunjungi lagi.

Dalam official visitor guide booklet ada dinyatakan, "Bendigo is a grand and gracious city built on gold. Gold was first discovered in the Bendigo Creek in 1851 and sparked one of the worlds most exciting gold rushes, with more gold found here between 1850 and 1900 than anywhere else in the world. The city is literally built on gold, gathered from the rich gold bearing quartz reefs."

Ada masa terluang memang Pak Din suka kenal2 bumi OZ ini. Maklumlah holiday sambil kerja.

@@@