Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Wednesday, June 24, 2015

Winter Ramadan

Di bumi OZ tempat Pak Din menetap ni suhu winter antara 1 hingga 14 darjah celcius. Puasa di siang hari lebih kurang 11 jam berbanding di Malaysia sekitar 13 jam. Subuh pukul 6:00 pagi manakala maghrib masuk pukul 5:15 ptg.

Pak Din and the gang buat kerja pruning grape. Kerja nya agak mudah kalau di bandingkan dgn pruning nutrin tempoh hari.

Supervisor di farm juga baik orangnya. Mr Berry berumur 65 tahun dan pembantunya Mr Michael berumur 40an.

Setiap hari 3 row dapat di siapkan. Pak Din share dengan Mak Wan slow and steady je. Sering paling lambat jadi dia orang yg dah siap2 row masing2 akan masuk 'tolong' siapkan row Pak Din. Pantang lambat adalah orang sapu kat hujung row.

Pak Din pun gitu la jugak. Itulah peraturan di farm ini. Tujuannya supaya dapat siap sama2 sebelum mulakan row baru sama2. Jumlah panel (4 pokok per panel)  yg di 'tolong' mestilah di repot kepada Mr Berry untuk kiraan.

"Anybody help any row?" jerit Mr Berry. Jumlah panel akan di tambah kpd org yg tolong dan di tolak dari owner row berkenaan.

Setiap row ada 45 panel (184 pokok). Ada dua geng budak sabah memang laju giler. Dapat 'tolong' hingga total 45 panel terkumpul. Jadi depa dapat siap total 4 row setiap hari.

Apa pun Pak Din dan Mak Wan redha dan kerja sekadar mampu. Yang bestnya geng budak sabah ni walaupun tolong siapkan row Pak Din byk panel tapi depa rekod kat Mr Berry maksima 7 panel je, selebihnya depa niat sedekah.

Selepas siap dua row kami akan rehat dan mengambil masa itu untuk solat berjemaah zohor. Alhamdulillah.

Di sebelah malam pula Pak Din solat isyak, teraweh dan witir kat rumah dia orang. Mak Wan dan anak2 pula bergilir sediakan juadah morreh.

"Insya'Allah solat berjemaah isyak, traweh, & witir bermula pk 8:00 mlm d surau Roche (cabin #6) d mlm2 penuh barokah bulan Ramadan 1436H. Smoga sgala amal soleh mendapat ganjaran pahala d sisi Allah. Ameen."

By the way lupa nak bagitau dua anak perempuan Pak Din dah datang OZ join kami last week. Jadi dapat bersama di winter Ramadan kat OZ ni.







Friday, June 19, 2015

Ramadan di OZ

Alhamdulillah bertemu dengan Ramadan di bumi OZ ini. Subuh kat sini pukul 6:00 pagi manakala waktu berbuka ialah pukul 5:15 ptg.

Waktu siang yg agak pendek di musim sejuk ini iaitu kira2 11 jam 45 minit.

Hari pertama berpuasa tidak terasa waktu berlalu. Pak Din kerja pruning grape sampai pukul 12 tgh sebab shower hari ni.

Mak Wan masak gulai ayam. Sahur nanti Mak Wan dah siap2 masak daging kicap. Pukul 6:45 pagi dah kena gi kerja.


Monday, June 15, 2015

Lima Budak Sabah

Lima budak Sabah yg bekerja pruning di ladang nutrin sama dgn Pak Din ini punyai style tersendiri. Agak mesra alam dgn Pak Din dan Mak Wan. Mudah di ajak bicara dan murah dgn senyuman dan memberi salam.

Setiap kali waktu rehat tgh mereka berlima akan dtg cari Pak Din untuk makan tgh bekalan masing2 secara berjemaah. Mereka hurmat kami sebagai org tua umpama ayah dan ibu mereka. Mak Wan sering tersentuh dgn gelagat mereka.

Yang paling utama ialah setiap masuk waktu zohor dan asar, suara seruan azan akan dilaungkan berkumandang sayu di tengah2 ladang nutrin milek mat salleh keturunan Itali Mr Sam seluas 800 hekter ini.

Setiap hari anak muda ini memikul dua gelen air untuk tujuan ambil wudhuk. Pak Din dan Mak Wan akan mendirikan solat berjemaah zohor dan asar bersama mereka dan beberapa org yg lain.

Istiqamah dalam mencari redho Allah wahai anak muda. Selamat menyambut Ramadan al-Mubaraq di bumi OZ ini. Alhamdulillah.






Friday, June 5, 2015

Damai Di Hati

Damai di hati ni penting. Bak kata bro Alias kenalan Pak Din dari Fiji bila Pak Din tanya why you always smile? Dia jawab "The most important is inner peace so that I can sleep at night and take it easy all the time no matter what."

Pak Din rasa tenang sebenarnya bekerja di ladang ini yg memberikan suasana kerja yg sebenar. Namun Pak Din rasa nyaman, relax dan tiada tekanan berbeza dgn masa kerja pick tomato dulu. Pak Din dan Mak Wan mau kecapi nikmat indah ini bersama.

Minggu depan InsyaaAllah dua anak Pak Din akan datang join dan alami pengalaman pruning pokok2 nutrin di bumi OZ kala musim winter ini. Pak Din redha segala pengalaman ini. Semoga damai di hati.





Thursday, June 4, 2015

Pruining Nutrin

Pejam celik pejam celik dah 4 minggu Pak Din kerja pruning pokok nutrin ni. Rasanya dah biasa dan boleh buat walau pun tak la laju sangat. Kerja tak la penat sangat. Skadar cantas ranting bunga dan dahan2 kecil. Cumanya cuaca sejuk winter kadang tu mencekam kaku jari2 tgn dan kaki. Apa pun Pak Din bersyukur krana ada kerja di kala ada kawan2 lain payah dapat kerja atau dapat kerja yang tak tetap.