Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Saturday, March 28, 2015

Nikmat di OZ

Seronok Dapat Gaji Setiap minggu

Setelah berada selama 3 minggu di OZ, Pak Din & Mak Wan dah mula biasa dgn rutin kat sini.

Bangun setiap hari sebelum subuh, gerak ke ladang 6:30am dlm kesejukan. Sampai ladang dlm samar fajar, matahari blom muncul.

Start petik tomato dgn jari2 yg kematu separuh beku. Penuhkan bucket demi bucket ikut upaya & skil masing2. Banyak bucket yg dipenuhkan maka banyaklah A$ yg akan diterima nanti.

Maka masing2 mencuba yg termampu persis 'Running Man.' Isyarat tamat kerja bila terdengar laungan 'Last bucket' drp Jack iaitu supervisor kami.

Rasa lega kerana dapat balik. Selalunya dalam pukul 3:00pm dah sampai rumah. Rehat & Rawat time.

Eh lupa pulak, tajuk posting nikmat di OZ. Bagi Pak Din antara nikmat yg best ialah:

1. Mandi air panas. Memang syok. Dapat rawat urat sarap yg sakit & lenguh. Juga sebagai ubat pada cuaca sejuk yg capai 8 degree kini.
2. Makan potato chips. Macam2 brand ada. Slalu offer kat supermarket.
3. Bila time 'last bucket', ada member yg dtg tambah buah setengah bucket ke dalam bucket Pak Din sebab dia dah malas nak penuhkan bucket dia sebab kepala dok ingat nak balik. Pak Din pulak time tu memang pressure giler nak penuhkan last bucket.
4. Time dapat gaji pada setiap ptg jumaat. Gaji kat sini secara mingguan. Tapi yg tak syoknya sewa caravan pun kena bayar mingguan gak.
5. Dan nikmat yg paling best bila dpt makan masakan Mak Wan walau pun nasi dgn telor dadar.

Begitulah adanya hidup di rantau orang. Manakan sama dgn negara sendiri.

@@@

Thursday, March 26, 2015

Kerja Ladang





Kerja ladang di OZ ni kena bangun awal. Pak Din kunci jam pk 5:15am. Subuh kat sini pk 6:00am. Pk 6:30am kreta dah grak ke ladang.

Pagi memang sejuk 10-12 darjah celcius. Jadi kena full attire. Sampai ke ladang hari masih gelap. Mentari baru mengimbas cahaya di ufuk timur.

Supervisor akan assign row untuk setiap pekerja. Sebelum tu masing2 akan ambil sudu penanda dengan nombor masing2. Sudu di letak dlm bucket yang di isi buah2 tomato yg di kutip.

Jadi bilangan sudu ini merupakan bilangan bucket yang berjaya di siapkan pada hari sebelumnya. Sudu2 tadi diikat dgn getah.

Sudu Pak Din #7 & Mak Wan #129. Selalunya ikatan sudu kami yg paling nipis sekitar 10-20 keping sahaja.

@@@

Monday, March 23, 2015

Buruh Kasar


Hakikat cari rezki di OZ ni bukanlah semudah yg disangka. Mana ada free lunch. Jgn tertipu dgn angan2 skim cepat kaya. You work hard for the money.

Kelebihan yg ada ialah money exchange. Maknanya kalau dapat A$50 sehari adalah bersamaan RM150. Sayugia di ingat kos juga tinggi. Kalau dapat A$100 sehari bersamaan dgn RM300.

Sewa rumah/backpackers/caravan sekitar A$100 per week. Kos transport sekitar A$40 per week. Hasil ladang di OZ ni bergantung pada musim. 

Contohnya kini musim tomato. Upahnya A$5 per bucket. Jadi untuk dapat A$100 per day maka kerja ladang kutip tomato ni kena dapat 20 buckets. Bukan senang nak dapat. 

Pak Din dan Mak Wan setakat ni nak dapat 10 bucket pun jenuh. Sakit habis urat sarap. Maklumlah dah veteran. Orang muda kuat dan laju. 

Anyway the point here is you must work hard for the money. Work sebagai 'buruh kasar' that is.


Tuesday, March 17, 2015

Tomato Ceri

Hari ni Pak Din dan Mak Wan bertugas di ladang tomato ceri. Syok jugak sebab buah lebat, jadi cepat dapat penuhkan bucket. Satu bucket A$5.

Ada seorang pemuda Sabah yg dikenali sebagai Lobo merupakan top performer everyday. Tak ada org yg dapat beat dia.

"Lobo, brapa hari ni? 30?" tanya saya semasa dlm kreta otw balik lepas kerja. "Tak, 28 je," jawab Lobo slamba rock. Pagi tadi Mak Wan tanya Lobo apa rahsia anda? "Kena buat sungguh2. Balik memang la penat," katanya.

Besok Pak Din azam nak buat sungguh2.



Architecture Wonders

Bagi peminat senibina tentunya teruja melihat kepelbagaian struktur dan design bangunan di OZ ini. Khas buat anak bongsu Pak Din yg mengambil bidang architecture, beberapa paparan untuk tatapan.

Hotel Shamrock - Rochester

Federation Square - Melbourne

Parliment House - Melbourne

Federation Square - Melbourne

Flinders Street Train Station - Melbourne

View from Southern Cross - Melbourne

View from Southern Cross - Melbourne

Monday, March 16, 2015

Awan OZ

Awan di langit merintangi bumi OZ agak unik. Mak Wan isteri Pak Din sering teruja melihat kecantekan awan ciptaan Allah. Terutamanya di OZ, hamparan awan pelbagai corak berlatarkan langit berwarna biru terang di atas muka tanah yg kering gersang. Menjana renung dan fikir akan kehebatan ciptaan dan urus tadbir Allah.

Awan Ciptaan Illahi Terbentang Luas Di Atas Bumi OZ

Paparan Tanah Gersang di Bawah Langit Biru


Awan Puteh Berlatar Belakang Langit Biru Di atas Padang dan Ladang

Sunday, March 15, 2015

Picking Tomato

Musim autum di Rochester dgn suhu dingin dan nyaman. Suhu sekitar 13 hingga 22 degree celcius. Agak sejuk di malam hari dan awal pagi. Pak Din gerak ke ladang pukul 6:30am. Kena pakai proper attire, baju dua lapis, jeket, topi, penutup muka, stokin, kasut & sarung tgn.

Di OZ ni jenis buah@sayur utk picking ikut musim dan cuaca. Empat hari pertama Pak Din pick tomato ceri. First week kerja ni memang learning & adjustment time. So dont worry be happy kalau hasil kerja tak sebrapa. Yang penting enjoy.

Hari ni Pak Din & the gang picking tomato besar yang diguna untuk buat sos. Tu dia buahnya sangat banyak, tak menang tangan dibuatnya.

Pokoknya menjalar kat tanah tapi lebat buahnya mak datuk. Ajaib sungguh ciptaan Allah.

Tekniknya kena selak daun, maka terserlah kelompok buah tomato besar atas tanah. Skali grab 4-6 bijik masuk dlm bucket. Dua bucket akan memenuhkan satu box puteh tu. Purata 10 min satu box.

Buah Tomato Besar Saujana Mata Memandang

Buah Segar Kurniaan Illahi Kepada Umat Ini

Hasil Ladang Sumber Rezki


Saturday, March 14, 2015

Caravan Park

Di Ronchester Pak Din tinggal di Caravan Park. Warga OZ memang biasa dgn budaya caravan. Ia umpama rumah yg bergerak, home on wheels. Bila bergerak dari satu daerah ke satu daerah yg lain untuk tujuan kerjaya atau bercuti, caravan akan di hook pada kreta atau 4wd. Di sini caravan park menjadi public infra yg biasa.

Di Rochester Caravan Park ini pihak pengurusan menyediakan kemudahan tapak caravan utk disewa. Pak Din lihat mcm2 jenis ada di sini. Ada yg super canggih dan high tech. Di sini iuga ada caravan dan cabin utk sewaan. Kadarnya antara A$60-A$120 seminggu. Deposit bon cagaran ialah antara A$150-A$200.

Empat hari pertama di sini Pak Din merasa duduk di cabin utama yg di khas sebagai cabin tamu. Unit ini lengkap dengan sgala kemudahan termasuklah peralatan memasak, pinggan mangkuk, freezer, sofa, katil kelamin, katil double-decker, LED tv 42", microwave, dinner table, iron, aircond & heater.

Pak Din tinggal di cabin sementara menunggu unit caravan for married couple available.

Pada Friday semalam Greg manager kat sini bagitau Pak Din, "The caravan is ready and you can have your key now."  So by 3pm Pak Din & Mak Wan kena kosongkan cabin dan pindah ke our little nice caravan.

Caravan Park ini Mampu Menampung 177 Units Kediaman Pada Sesuatu Masa

Ni view dlm Caravan Pak Din
Caravan paling canggih di Rochester

Rochester Victoria

Pekan Rochester ini mengingatkan Pak Din kpd pekan2 kecil di USA, very clean, byk park & bench, nice little shops, very quiet, not many people around.

Hari ni day off so Pak Din & Mak Wan round2 kat Pekan Rochester. Best suasana di sini yg agak country. Memang kena dgn jiwa kami. Pak Din tgh relax kat stesen train Rochester ni sambil tulis posting kat fon Sony.

Stesen Kretapi di Rochester Sunyi Sepi Bila Tiada Kretapi Singgah

Melintasi Landasan Kretapi di Pekan Ronchester OZ

Kawasan Kediaman - Bersih dan Tiada Pagar

Park untuk Rekreasi - Bersih, Aman dan Segar

Time Free Pak Din dan Mak Wan Lepak di Public Library
Free Internet Acees dan Laju Giler

Wednesday, March 11, 2015

Dari Melbourne ke Rochester

Selepas checkout hotel, Pak Din & Mak Wan gerak ke Southern Cross. Mujahadah la jugak sebab tambah satu lagi luggage d isi dgn barangan makanan yg Mak Wan beli d Tang Asean Grocery d area Chinatown 5 minit jalan kaki dr hotel kami.

Macam2 ada brand Halal termasuk dr Malaysia. Rempah ratus Baba's, air kotak yeos, maggi, kicap kipas udang, biskut pingpong, kacang cap tgn, gula2 hacks, beras siam, semua ada. Habis A$174 shopping kat situ.

Kami naik Tram#109 yg free tu. Mula2 Mak Wan ajak naik taxi tapi Pak Din takut mahal maka takpe la kena heret dua luggsge saiz 24" yg sarat, dua beg, dan dua backpack.

Ok slamat sampai dan beli tiket train ke Rochester. Harganya A$22 per pax. Train trip sampai Bendigo & sambung naik bas ke Rochester.

Perjalanan Train from Melbourne to Bendigo

Bus Trip from Bendigo to Melbourne

Kembara Sudah Bermula

Flight Airasia-X yg Pak Din naik slamat mendarat d airport Melbourne pada awal pagi 7/3/15. Alhamdulillah kembara OZ kini bermula. Kemudian menaiki Skybus ke Southern Cross, iaitu hub public transport Melbourne. 

Pak Din & Mak Wan ambil peluang dua hari holiday. Tak ramai pak hitam kat sini. Bandarnya bersih giler. Salah satu sebab ialah sistem perparitan under ground & civic minded rakyat mereka yg matured. Pak Din rasa slamat dan aman. 

Sistem public transport juga memang hebat. Naik Tram within city limit adalah FOC. So kalau nak kenal Melbourne skali lalu, naiklah Tram#35 yg tour d city, sangat popular utk tourist.

From KLIA2 with Love

Melbourne - The Clean and Friendly Mega City