Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Sunday, February 22, 2015

Booking Flight Tickets Air Asia


Confirmed Ticket KUL-MEL

Pak Din book tiket online di website airasia.com lebih kurang sebulan sebelum tarikh berangkat. Kena rajin check website airasia sebab harga tiket sering berubah-ubah. Pak Din nampak ini memang 'selling strategy' syarikat Air Asia. Jadi untung sabut timbul. Try la cari harga tiket yang paling murah dan cuba adjust tarikh penerbangan mengikut kesesuaian harga tiket yang terbaik.

Pak Din dan Mak Wan tengah menghitung hari ni.Tiket kami included satu 'Check-in luggage up to 20kg' dan dua in fight meal 'Pak Nasser nasi lemak' dan dua 'Pick a seat'. Total harga tiket Pak Din dan Mak Wan ialah RM1,135. Ini termasuk airport tax & arrival tax. Pak Din bayar online guna Maybank2u je.

Nampaknya Mak Wan dah mula buka beg Polo 24" yang akan di bawa ke OZ tu dan mula packing. Eloknya ada checklist apa yang nak di bawa takut ada yang tertinggal. Kalau benda keperluan elok lah di bawa. Kalau tidak kenalah beli bila sampai di OZ nanti. Pakaian tu bawa yang nak di pakai saja takut tak muat bag. Pikir nak gi airport pakai baju mana, malam tido nak pakaian mana, nak gi keja kat farm pakaian mana?

Anyway, jangan pening sangat. Take it easy. Doa pada Allah agar di permudahkan segala urusan dan diluaskan rezki. "Ya Allah, kekalkan aku dalam amal soleh dan berkatilah sisa usia ku." Semoga musafir Pak Din dan Mak Wan meluaskan pengalaman dan membuka matahati untuk lebih menghargai nikmat Illahi.

@@@

No comments:

Post a Comment