Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Friday, April 17, 2015

Goodbye Tomato

"Besok hujan dua hari ooo," kata apek kontraktor semasa dlm kereta balik dari ladang semalam.

"So besok day off?" tanya Pak Din spontan. "Jalan licin macam mana mau masuk," jawabnya berlapik. Sebenarnya tomato di farm sudah di hujung musim.

Pak Din lihat sudah 30 row pokok tomato sudah di clear untuk persediaan tanam semula.

Buah tomato yang kami petik semalam pun lebih separuh di reject oleh farmer. Sebab buahnya tidak menepati standard, tidak segar, tampak seperti buah yg di keluar dari peti sejuk. Walaupun buah di pokok masih lebat. Sayang juga.

Pak Din sempat la siap 13 buckets sebelum di arah pindah ke row tomato roma yg nak penuhkan 2 buckets pun lambat sungguh.

Pagi ni masing2 tertunggu-tunggu kerja ke tak? Pak Din bangun macam biasa mandi, solat & sarapan. Stanby je. Pagi ni nampak cuaca elok je.

Apek kontraktor tu buat senyap je. Gagal nak berterus terang. Kekal dgn alasan ramalan hujan yg dia war2kan semalam nampaknya.

Itu juga antara taktik yg dia guna pakai supaya para pekerja macam error sikit dan tidak mudah buat planning nak pindah kerja kat tempat lain.

Pak Din & Mak Wan layan je. Sebab malas sebenarnya nak pindah randah ni. Lagi pun rasa macam selesa la pulak duduk di caravan park ni.

Harapnya ada la kerja lain yang menanti selepas musim tomato berakhir ni. Janji ada kerja yg reasonable untuk org berumur macam kami ni.

Pengalaman petik tomato selama 5 minggu ini sesuatu yg menarik. Betapa hebat ciptaan Allah. Tomato pun ada macam2 species.

Sekurang-kurangnya Pak Din pernah petik 4 jenis iaitu ceri, roma, dan dua jenis tomato besar yg di buat sos. Goodbye musim tomato. Adios!!





No comments:

Post a Comment