Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Saturday, March 28, 2015

Nikmat di OZ

Seronok Dapat Gaji Setiap minggu

Setelah berada selama 3 minggu di OZ, Pak Din & Mak Wan dah mula biasa dgn rutin kat sini.

Bangun setiap hari sebelum subuh, gerak ke ladang 6:30am dlm kesejukan. Sampai ladang dlm samar fajar, matahari blom muncul.

Start petik tomato dgn jari2 yg kematu separuh beku. Penuhkan bucket demi bucket ikut upaya & skil masing2. Banyak bucket yg dipenuhkan maka banyaklah A$ yg akan diterima nanti.

Maka masing2 mencuba yg termampu persis 'Running Man.' Isyarat tamat kerja bila terdengar laungan 'Last bucket' drp Jack iaitu supervisor kami.

Rasa lega kerana dapat balik. Selalunya dalam pukul 3:00pm dah sampai rumah. Rehat & Rawat time.

Eh lupa pulak, tajuk posting nikmat di OZ. Bagi Pak Din antara nikmat yg best ialah:

1. Mandi air panas. Memang syok. Dapat rawat urat sarap yg sakit & lenguh. Juga sebagai ubat pada cuaca sejuk yg capai 8 degree kini.
2. Makan potato chips. Macam2 brand ada. Slalu offer kat supermarket.
3. Bila time 'last bucket', ada member yg dtg tambah buah setengah bucket ke dalam bucket Pak Din sebab dia dah malas nak penuhkan bucket dia sebab kepala dok ingat nak balik. Pak Din pulak time tu memang pressure giler nak penuhkan last bucket.
4. Time dapat gaji pada setiap ptg jumaat. Gaji kat sini secara mingguan. Tapi yg tak syoknya sewa caravan pun kena bayar mingguan gak.
5. Dan nikmat yg paling best bila dpt makan masakan Mak Wan walau pun nasi dgn telor dadar.

Begitulah adanya hidup di rantau orang. Manakan sama dgn negara sendiri.

@@@

No comments:

Post a Comment