Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Thursday, April 2, 2020

BENDIGO

Saya sempat beberapa kali berkunjung ke bandar Bendigo, bandar kedua terbesar di Victoria. Bandarnya indah dan bersih. Mengikut sejarahnya bandar ini terbina daripada industri perlombongan emas, yang pada satu masa dulu merupakan yang terbesar di dunia. Tenaga buruh di bawa dari tanah besar China. Setelah industri perlombongan emas itu berakhir, maka semua mereka dihantar pulang ke China. Yang tinggal hanya sebuah Muzium yang merakam sumbangan sumber manusia daripada bangsa cina ini. Saya tidak melihat bangsa cina di bandar Bendigo ini. Cuma ada sebuah kedai asian food yang di operate oleh warga OZ berbangsa cina. Selain itu perkhidmatan tram yang merupakan mod transport utama di bandar puluhan tahun dahulu, kini sekadar dikekalkan di satu laluan sahaja sebagai kenangan sejarah dan disediakan untuk para pelancong sahaja. Begitu juga pusat perlombongan emas bawah tanah yang dikekalkan untuk menjadi tourist spot sekarang ini. Semasa saya berkunjung ke sini di awal tahun 2015, ada isu untuk pembinaan masjid pertama di Bendigo yang telah diluluskan pembinaannya, namun ada segelintir penduduk yang menentang pembinaannya, kerana kata mereka islam itu menggambarkan terorisma. Harapnya masjid pertama di Bendigo itu sudah menjadi kenyataan.












No comments:

Post a Comment