Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Thursday, February 19, 2015

Penantian Yang Mendebarkan

Palm Trees Di Pinggiran Pekan OZ

Tinggal beberapa hari lagi untuk Pak Din berangkat musafir ke OZ. Berdebar pun ada. Blank pun ada. Namun Pak Din berserah kepada Allah SWT. Pak DIn bergantung hanya kepada Allah, tidak pada makhluk. 

Jika kita berharap kepada makhluk mungkin kita akan kecewa. Namun Allah dengan sifatnya Yang Maha Berkuasa. Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, sudah semestinya akan terus memberi panduan dan hidayah-Nya kepada Pak Din. 

Teringat sebuah pengajian bersama Ust Sidek Nor pada Kitab Hikam, yang menyatakan redhalah kamu di mana saja Allah letakkan kamu. Jika kamu sebagai jurutera maka redhalah menjalani amanah kamu sebagai jurutera. Jika kamu sebagai nelayan maka jadilah nelayan. Jika kamu sebagai unit trust consultant maka jalani tugasan dengan terbaik. 

Jika kamu ini isteri maka jadilah isteri yang bertaqwa. Jika kamu ini pemetik buah atau buruh kasar atau pekerja pelantar minyak maka memadalah dengan segala kurniaan Allah itu. Jangan kamu memandai-mandai berpindah randah pula. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kamu.

Pabila Allah membuka ruang untuk Pak Din bermusafir ke OZ ini maka Pak Din melihatnya dengan penuh positif. Memanglah ada rasa takut atau risau. Apa taknya, ini first time Pak Din ke OZ. Maka Pak Din pun pasang niat dalam hati. Ini adalah ketentuan atau jalan yang Allah nak Pak Din ambil. 

Allah akan memberi ujian yang mampu Pak Din tanggung. Pak Din mahu musafir untuk lihat kebesaran dan keindahan alam ciptaan Allah ini. Allah telah membuka peluang untuk Pak Din musafir melihat negara orang. Bukan sekadar syok di negara sendiri sahaja. Hakikatnya muka bumi ini milik Allah belaka. Maka pandanglah dengan matahati.

Bukan sekadar lihat dengan mata tapi renung dan fikir bahawa semua ini ciptaan Allah. Semua ini milik Allah. Semua kejadian alam ini adalah di bawah kuasa Allah. Allah yang mengurus tadbir setiap detik dan tika perjalanan setiap kejadian ini. Segalanya berjalan dengan teratur mengikut peranan masing2. 

Malam tidak mendahului siang atau sebaliknya. Bulan kekal di orbitnya. Planet2 di galaksi bergerak mengikut landasan yang Allah tentukan. Bintang2 yang tidak terkira banyaknya umpama pasir di pantai itu juga patuh mengikut peraturan Allah. Jika tidak sudah tentu berlaga antara satu sama lain. 

Malah asbab urus tadbir Allah ini, setiap kali planet2 atau bintang2 bergerak ke arah bumi, bila hampir sahaja ia akan mengelak umpama kita lemparkan pasir kepada satu objek. Begitulah hebatnya kekuasaan Allah.

Musafir Pak Din ini akan mendidik hati Pak Din untuk lebih taqwa dan faham agama. Musafir ini akan mengajak Pak Din lebih taat pada Allah. Musafir ini akan Pak Din manfaatkan untuk membawa Pak Din lebih dekat pada Allah. 

Pak Din mohon doa pada Allah supaya Allah ampunkan segala dosa Pak Din selama ini. Mohon Allah terima taubat Pak Din, di jauhkan dari azab neraka, dan diredhakan Pak Din dan seluruh ahli keluarga Pak Din untuk mendapat nikmat Syurga Allah.

Musafir Pak Din ini harapnya musafir yang penuh barokah. Semoga Allah luaskan pintu rezki dan permudahkan segala urusan di OZ nanti.

@@@

No comments:

Post a Comment