Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Sunday, February 8, 2015

7 Pola Rezki

Petik Anggur (Table Grapes)

Kita ini tiada apa. Semua milik Allah belaka. Allah pemberi rezki. Pabila Allah meletakkan seseorang itu di suatu tempat kerja yang menjadi asbab di salurkan rezki kepadanya maka fahamilah bahawa Allah yang memberikan rezki itu, bukan majikan tempat kerja. Itulah hakikatnya. 

Redha lah atas percaturan itu dan banyakkan bersyukur. Sesungguhnya nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya. Ramai keliru dengan menganggap gaji atau wang ringgit itu sebagai satu2nya rezki. 

Sebenarnya rezki Allah kepada kita dari pelbagai sudut dan dimensi. Secara umumnya ada 7 pola rezki yang boleh kita kategorikan.
  1. Akal fikiran
  2. Kesihatan
  3. Tubuhbadan dan pancaindera
  4. Ilmu Pengetahuan
  5. Keluarga, sanak saudara, sahabat handai & kenalan
  6. Alam sekeliling
  7. Harta benda
Maka begitulah pengasih dan penyayangnya Allah, memberi segala nikmat ini kepada kita semua secara percuma belaka. Bersyukurkah kita akan kurniaan Allah ini? 

Allah boleh menarik nikmat kurniaan-Nya ini dalam sekelip mata sahaja. Tanda syukur seorang hamba ialah mematuhi arahan Tuan nya. Patuh segala perintah Allah. Perintah Allah hanya dua iaitu tinggalkan larangan-Nya & patuh melakukan segala suruhan-Nya.

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Setelah lebih 27 tahun di alam kerjaya di lima buah organisasi yang berbeza yang mana 16 tahun di Syarikat yang terakhir, maka tiba masanya Allah meletakkan saya di tempat lain pula. 

Saya dan isteri redha akan ketentuan Allah ini. Maka setelah dipertimbangkan segala option atau pilihan yang mungkin, maka kami bercadang untuk meneroka teritori yang baru iaitu dengan merantau ke seberang laut. 

Mencari rezki sambil mengenal tempat orang, alam ciptaan Allah. Pengalaman baru yang bisa mencetus renung dan fikir yang baru akan kehebatan ciptaan Allah dan kekuasaan-Nya mentadbir alam dan segala sesuatu di dalamnya.

Tentunya musafir ke OZ ini akan kami tempuhi dengan perasaan teruja bercampur debar namun itu semua adalah dugaan, ujian dan pengalaman yang bakal menjadikan kami berdua sebagai hamba yang lebih beriman dan bertaqwa harapnya. 

Segala pengalaman dan gerakkerja dalam pengembaraan ini akan kami coretkan di blog ini. Berkonsepkan travelog dan penceritaan kisah apa saja yang terlintas mengikut arus idea kritis maupun curahan rasa. Semoga ada manfaat untuk tatapan semua terutamanya anak2 kami dan kenalan kami semua. Tunggu OZ.....kami datang !!!

@@@

No comments:

Post a Comment