Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Friday, April 17, 2015

Goodbye Tomato

"Besok hujan dua hari ooo," kata apek kontraktor semasa dlm kereta balik dari ladang semalam.

"So besok day off?" tanya Pak Din spontan. "Jalan licin macam mana mau masuk," jawabnya berlapik. Sebenarnya tomato di farm sudah di hujung musim.

Pak Din lihat sudah 30 row pokok tomato sudah di clear untuk persediaan tanam semula.

Buah tomato yang kami petik semalam pun lebih separuh di reject oleh farmer. Sebab buahnya tidak menepati standard, tidak segar, tampak seperti buah yg di keluar dari peti sejuk. Walaupun buah di pokok masih lebat. Sayang juga.

Pak Din sempat la siap 13 buckets sebelum di arah pindah ke row tomato roma yg nak penuhkan 2 buckets pun lambat sungguh.

Pagi ni masing2 tertunggu-tunggu kerja ke tak? Pak Din bangun macam biasa mandi, solat & sarapan. Stanby je. Pagi ni nampak cuaca elok je.

Apek kontraktor tu buat senyap je. Gagal nak berterus terang. Kekal dgn alasan ramalan hujan yg dia war2kan semalam nampaknya.

Itu juga antara taktik yg dia guna pakai supaya para pekerja macam error sikit dan tidak mudah buat planning nak pindah kerja kat tempat lain.

Pak Din & Mak Wan layan je. Sebab malas sebenarnya nak pindah randah ni. Lagi pun rasa macam selesa la pulak duduk di caravan park ni.

Harapnya ada la kerja lain yang menanti selepas musim tomato berakhir ni. Janji ada kerja yg reasonable untuk org berumur macam kami ni.

Pengalaman petik tomato selama 5 minggu ini sesuatu yg menarik. Betapa hebat ciptaan Allah. Tomato pun ada macam2 species.

Sekurang-kurangnya Pak Din pernah petik 4 jenis iaitu ceri, roma, dan dua jenis tomato besar yg di buat sos. Goodbye musim tomato. Adios!!





Tuesday, April 14, 2015

Melawat Bendigo

Semalam Pak Din di cutikan buat hari ke 4 berturut-turut. Kira first time la kejadian macam gini.

Pak Din dan Mak Wan boleh duduk mengeluh mengenangkan nasib takde keja takde gaji. Atau sekadar panjangkan lagi durasi rehat dan rawat.

Tapi enuf is enuf. Bukankah life is about choices?

Bukankah Pak Din ke sini atas dasar keja cum holiday? Apa ke barang holiday kalau tak ambil ruang kenal bumi OZ ini?

So lets go to Bendigo. We catch a coach to Bendigo at 9:20am and came back to Rochester by train at 5:20pm.

Did some sight seeings, some shoppings and enjoy the trip to the max.

Pak Din solat jamak qasar asar & zohor beralas paper di Bendigo railway station.  Mat Saleh tengok error gak.

Its a nice little trip. We bought tasty turkish lamb kebab as well for dinner.











Sunday, April 12, 2015

Day 3 Off




Udah 3 hari tak keja. Apek kontraktor tu kata mesin kat kilang rusak, jadi kalau pick tomato pun tak dapat hantar ke kilang. Hari tu bagi alasan tomato ceri blom cukup masak, payah merah sebab cuaca sejuk.

Gaji pulak tangguh hari isnin baru nak bayar. Sepatutnya setiap hari jumaat. Jadi cuti 3 hari ni takde mood Pak Din & Mak Wan nak pi berjalan. Dugaan dugaan.

Pagi ni lepak2 kat Park relax tenangkan fikiran sambil buat posting di blog kembaraoz ni.

Saturday, April 11, 2015

Campaspe River

Di Tepi Campaspe River ini
Aku Membawa Wacana Diri
Mencari Tenang Dan Misteri
Pada Satu Tetapan Durasi
Semua Ini Allah Yang Beri
Aku Kerdil Di Bumi Ini
Allah Yang Maha Suci.






Friday, April 10, 2015

Sunrise di OZ

Keindahan alam ciptaan Allah di kala fajar menyinsing di bumi OZ ini penuh misteri dan keunikan tersendiri. Bagi pemikir yg faham agama, itulah tanda kebesaran & kehebatan Allah. Sekali gus merasai kerdil, lemah & tiada upaya diri melainkan dgn izin serta kudrat & iradat Allah semata.









Thursday, April 2, 2015

Gaji Lagi

Gaji Week #3 - Semoga Ada Barokah
Upah Keringat Tulang Empat Kerat
Dapat gaji lagi. Alhamdulillah. Sepatutnya hari jumaat iaitu esok baru dapat gaji tapi bos awalkan sehari sempena cuti easter dua hari & majlis makan2 hari ini.

Kerja di OZ ni penting untuk dapat kerja dgn kontraktor yg sesuai. Bagi Pak Din kira beruntung juga sebab:

  1. Setakat ni hari2 ada kerja. Banyak siap kerja maka banyak upahnya. Kerja secara kontrak ni selalunya half day je, jadi ada byk masa untuk rehat & rawat.
  2. Kerja penat2 dan dibayar gaji on time. Ini penting. Kontraktor Pak Din setakat ni sangat reliable dlm soal bayar gaji pekerja. Takde tipu dlm calculation.
  3. Kalau dua syarat di atas dipenuhi maka perkara2 lain boleh la anggap remeh sahaja. Kerana ramai juga yg Pak Din jumpa kerjanya sekejap ada sekejap tak ada. Ada juga yg kerja tapi gaji liat atau tak dibayar oleh kontraktor.
  4. Soal lompat2 kerja pun satu topik yg popular juga. Ada kata kerja sana bagus atau kerja situ lumayan, tapi indah khabar dari rupa. Satunya krana jenis kerja di OZ byk bergantung pada faktor musim dan cuaca. Keduanya setiap kali berpindah akan melibatkan kos. Ramai yg gagal capai apa yg di hajati kerana cakap tak serupa bikin. Fikir masak2. Kalau dpt bertahan maka sabar itu lebih afdal.

Seronok gaji mingguan di OZ ni. Gaji minggu ke-3 Pak Din & Mak Wan ada peningkatan. Semoga Allah beri kekuatan dan kesihatan yg baik.

@@@

Cuti Easter

Gathering Makan2 Rakan Seusaha Di Bumi OZ
Hari ni & besok cuti sempena cuti easter di OZ ni. So Pak Din & Mak Wan ambil peluang gi jalan ke pekan Echuca.

Kami naik bas VJLine pk 9:40am dan kembali pk 12:55pm. Round trip A$8.80 each. Trip about 20 min.

Di Echuca ada kedai Salvation Army Thrift Shop. Setiap hari selasa & khamis semua pakaian di offer A$1 sehelai. So apa lagi Mak Wan pun borong sakan.

Yg free pun Mak Wan dapat 6 helai iaitu di pilih kat free rack. Price tag siap di pangkah. Semua elok dan cantek.

Konsep kedai sebegini patut ada di Malaysia. Orang ramai boleh derma barang2 terpakai & akan di jual dgn harga murah giler di kedai ini bahkan ada yg di bagi free. Sangat berkebajikan untuk rakyat. Hasil jualan akan di sumbang ke badan amal.

Pak Wan pulak dapat apa yg di cari iaitu 4 caps (50 sen each), sweater dua helai ($1.50 each) dan yg utama ialah a very classy winter jacket for only A$10.

Pastu kami shopping di Pasaraya Coles. Pak Din beli byk jugak barang yg offer half price. Habis A$18 je. Tu yg syok.

Balik ke caravan park majikan belanja buat jamuan makan2 kpd para pekerja yg seramai 35 org. Masak 8 ekor ayam halal yg majikan beli di pekan Bendigo pagi tadi.

Mak Wan tolong masak ayam goreng sambal pedas & kueh beke for desert. Satu lagi menu utama ialah kari ayam di masak oleh bro hanip yg berpengalaman keja catering.

Seronok juga dpt makan ramai2 skali sekala begini. Takde la rasa penat keja ladang je.

@@@