Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step
Showing posts with label Farm. Show all posts
Showing posts with label Farm. Show all posts

Friday, April 17, 2015

Goodbye Tomato

"Besok hujan dua hari ooo," kata apek kontraktor semasa dlm kereta balik dari ladang semalam.

"So besok day off?" tanya Pak Din spontan. "Jalan licin macam mana mau masuk," jawabnya berlapik. Sebenarnya tomato di farm sudah di hujung musim.

Pak Din lihat sudah 30 row pokok tomato sudah di clear untuk persediaan tanam semula.

Buah tomato yang kami petik semalam pun lebih separuh di reject oleh farmer. Sebab buahnya tidak menepati standard, tidak segar, tampak seperti buah yg di keluar dari peti sejuk. Walaupun buah di pokok masih lebat. Sayang juga.

Pak Din sempat la siap 13 buckets sebelum di arah pindah ke row tomato roma yg nak penuhkan 2 buckets pun lambat sungguh.

Pagi ni masing2 tertunggu-tunggu kerja ke tak? Pak Din bangun macam biasa mandi, solat & sarapan. Stanby je. Pagi ni nampak cuaca elok je.

Apek kontraktor tu buat senyap je. Gagal nak berterus terang. Kekal dgn alasan ramalan hujan yg dia war2kan semalam nampaknya.

Itu juga antara taktik yg dia guna pakai supaya para pekerja macam error sikit dan tidak mudah buat planning nak pindah kerja kat tempat lain.

Pak Din & Mak Wan layan je. Sebab malas sebenarnya nak pindah randah ni. Lagi pun rasa macam selesa la pulak duduk di caravan park ni.

Harapnya ada la kerja lain yang menanti selepas musim tomato berakhir ni. Janji ada kerja yg reasonable untuk org berumur macam kami ni.

Pengalaman petik tomato selama 5 minggu ini sesuatu yg menarik. Betapa hebat ciptaan Allah. Tomato pun ada macam2 species.

Sekurang-kurangnya Pak Din pernah petik 4 jenis iaitu ceri, roma, dan dua jenis tomato besar yg di buat sos. Goodbye musim tomato. Adios!!





Saturday, March 28, 2015

Nikmat di OZ

Seronok Dapat Gaji Setiap minggu

Setelah berada selama 3 minggu di OZ, Pak Din & Mak Wan dah mula biasa dgn rutin kat sini.

Bangun setiap hari sebelum subuh, gerak ke ladang 6:30am dlm kesejukan. Sampai ladang dlm samar fajar, matahari blom muncul.

Start petik tomato dgn jari2 yg kematu separuh beku. Penuhkan bucket demi bucket ikut upaya & skil masing2. Banyak bucket yg dipenuhkan maka banyaklah A$ yg akan diterima nanti.

Maka masing2 mencuba yg termampu persis 'Running Man.' Isyarat tamat kerja bila terdengar laungan 'Last bucket' drp Jack iaitu supervisor kami.

Rasa lega kerana dapat balik. Selalunya dalam pukul 3:00pm dah sampai rumah. Rehat & Rawat time.

Eh lupa pulak, tajuk posting nikmat di OZ. Bagi Pak Din antara nikmat yg best ialah:

1. Mandi air panas. Memang syok. Dapat rawat urat sarap yg sakit & lenguh. Juga sebagai ubat pada cuaca sejuk yg capai 8 degree kini.
2. Makan potato chips. Macam2 brand ada. Slalu offer kat supermarket.
3. Bila time 'last bucket', ada member yg dtg tambah buah setengah bucket ke dalam bucket Pak Din sebab dia dah malas nak penuhkan bucket dia sebab kepala dok ingat nak balik. Pak Din pulak time tu memang pressure giler nak penuhkan last bucket.
4. Time dapat gaji pada setiap ptg jumaat. Gaji kat sini secara mingguan. Tapi yg tak syoknya sewa caravan pun kena bayar mingguan gak.
5. Dan nikmat yg paling best bila dpt makan masakan Mak Wan walau pun nasi dgn telor dadar.

Begitulah adanya hidup di rantau orang. Manakan sama dgn negara sendiri.

@@@

Thursday, March 26, 2015

Kerja Ladang





Kerja ladang di OZ ni kena bangun awal. Pak Din kunci jam pk 5:15am. Subuh kat sini pk 6:00am. Pk 6:30am kreta dah grak ke ladang.

Pagi memang sejuk 10-12 darjah celcius. Jadi kena full attire. Sampai ke ladang hari masih gelap. Mentari baru mengimbas cahaya di ufuk timur.

Supervisor akan assign row untuk setiap pekerja. Sebelum tu masing2 akan ambil sudu penanda dengan nombor masing2. Sudu di letak dlm bucket yang di isi buah2 tomato yg di kutip.

Jadi bilangan sudu ini merupakan bilangan bucket yang berjaya di siapkan pada hari sebelumnya. Sudu2 tadi diikat dgn getah.

Sudu Pak Din #7 & Mak Wan #129. Selalunya ikatan sudu kami yg paling nipis sekitar 10-20 keping sahaja.

@@@

Monday, March 23, 2015

Buruh Kasar


Hakikat cari rezki di OZ ni bukanlah semudah yg disangka. Mana ada free lunch. Jgn tertipu dgn angan2 skim cepat kaya. You work hard for the money.

Kelebihan yg ada ialah money exchange. Maknanya kalau dapat A$50 sehari adalah bersamaan RM150. Sayugia di ingat kos juga tinggi. Kalau dapat A$100 sehari bersamaan dgn RM300.

Sewa rumah/backpackers/caravan sekitar A$100 per week. Kos transport sekitar A$40 per week. Hasil ladang di OZ ni bergantung pada musim. 

Contohnya kini musim tomato. Upahnya A$5 per bucket. Jadi untuk dapat A$100 per day maka kerja ladang kutip tomato ni kena dapat 20 buckets. Bukan senang nak dapat. 

Pak Din dan Mak Wan setakat ni nak dapat 10 bucket pun jenuh. Sakit habis urat sarap. Maklumlah dah veteran. Orang muda kuat dan laju. 

Anyway the point here is you must work hard for the money. Work sebagai 'buruh kasar' that is.


Tuesday, March 17, 2015

Tomato Ceri

Hari ni Pak Din dan Mak Wan bertugas di ladang tomato ceri. Syok jugak sebab buah lebat, jadi cepat dapat penuhkan bucket. Satu bucket A$5.

Ada seorang pemuda Sabah yg dikenali sebagai Lobo merupakan top performer everyday. Tak ada org yg dapat beat dia.

"Lobo, brapa hari ni? 30?" tanya saya semasa dlm kreta otw balik lepas kerja. "Tak, 28 je," jawab Lobo slamba rock. Pagi tadi Mak Wan tanya Lobo apa rahsia anda? "Kena buat sungguh2. Balik memang la penat," katanya.

Besok Pak Din azam nak buat sungguh2.



Sunday, March 15, 2015

Picking Tomato

Musim autum di Rochester dgn suhu dingin dan nyaman. Suhu sekitar 13 hingga 22 degree celcius. Agak sejuk di malam hari dan awal pagi. Pak Din gerak ke ladang pukul 6:30am. Kena pakai proper attire, baju dua lapis, jeket, topi, penutup muka, stokin, kasut & sarung tgn.

Di OZ ni jenis buah@sayur utk picking ikut musim dan cuaca. Empat hari pertama Pak Din pick tomato ceri. First week kerja ni memang learning & adjustment time. So dont worry be happy kalau hasil kerja tak sebrapa. Yang penting enjoy.

Hari ni Pak Din & the gang picking tomato besar yang diguna untuk buat sos. Tu dia buahnya sangat banyak, tak menang tangan dibuatnya.

Pokoknya menjalar kat tanah tapi lebat buahnya mak datuk. Ajaib sungguh ciptaan Allah.

Tekniknya kena selak daun, maka terserlah kelompok buah tomato besar atas tanah. Skali grab 4-6 bijik masuk dlm bucket. Dua bucket akan memenuhkan satu box puteh tu. Purata 10 min satu box.

Buah Tomato Besar Saujana Mata Memandang

Buah Segar Kurniaan Illahi Kepada Umat Ini

Hasil Ladang Sumber Rezki