Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step
Showing posts with label Alam. Show all posts
Showing posts with label Alam. Show all posts

Tuesday, September 15, 2015

Jerebu Menyerbu

Pak Din rindu pulak pada udara bersih dan segar di bumi OZ. Pemandangan dan landskap yg indah. Itulah nikmat Allah yg hebat. Bila Pak Din pulang ke tanahair dan terpaksa melalui suasana udara yg jerebu, maka sangat terasa perbezaan qualiti udaranya. Masalah jerebu terus berlaku tahun demi tahun. Kekadang berlaku beberapa kali dalam setahun. Puncanya pembakaran hutan di sumatera. Tiada tindakan berkesan yg diambil untuk menghapuskan punca masalah jerebu ini. Pelik seolahnya negara2 lain terpaksa redho dengan jenayah yg berlaku di Indon itu?


Friday, April 10, 2015

Sunrise di OZ

Keindahan alam ciptaan Allah di kala fajar menyinsing di bumi OZ ini penuh misteri dan keunikan tersendiri. Bagi pemikir yg faham agama, itulah tanda kebesaran & kehebatan Allah. Sekali gus merasai kerdil, lemah & tiada upaya diri melainkan dgn izin serta kudrat & iradat Allah semata.









Monday, March 16, 2015

Awan OZ

Awan di langit merintangi bumi OZ agak unik. Mak Wan isteri Pak Din sering teruja melihat kecantekan awan ciptaan Allah. Terutamanya di OZ, hamparan awan pelbagai corak berlatarkan langit berwarna biru terang di atas muka tanah yg kering gersang. Menjana renung dan fikir akan kehebatan ciptaan dan urus tadbir Allah.

Awan Ciptaan Illahi Terbentang Luas Di Atas Bumi OZ

Paparan Tanah Gersang di Bawah Langit Biru


Awan Puteh Berlatar Belakang Langit Biru Di atas Padang dan Ladang