Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Thursday, April 2, 2020

PENDAMIK COVID-19

Mac 2020 terpahat dalam sejarah bila negara kita Malaysia diserang pendemik COVID-19 yang setakat 1/4/2020 sudah meragut 45 nyawa. Jumlah kes sudah mencecah 2,908 org. Perintah Kawalan Pergerakan sudah dikuatkuasa sejak 18/3/2020. Akan berakhir pada 14/4/2020, namun mungkin juga akan terus disambung lagi jika keadaan masih belum terkawal.

Pada tahun 2015, saya berkunjung ke OZ. Sungguh indah negara itu, bersih, aman dan cantek. Namun kini OZ juga tidak terlepas daripada ancaman COVID-19 ini. Tika nikmat Allah yang melimpah ruah, kita jarang zahirkan kesyukuran. Bila sedikit nikmat telah ditarik, maka kita begitu merasa kepayahannya dan merindui period hidup yang penuh kenikmatan melimpah ruah nanti. Begitulah lumrah kehidupan.

Saya ada mendengar sebuah video ceramah daripada seorang ustaz. Katanya, "COVID-19 ini didatangkan, untuk melihat siapa yang mampu menjadi peribadi yang  lebih baik di hadapan Allah dengan ujian yang datang ini? Kalau virus COVID-19 ini tidak mendekatkan kita dengan Allah, maka butuh virus yang bagaimana lagi yang dapat mendekatkan kita dengan Allah?"

Sangat benar statement ini. Justru mari kita sama-sama muhasabah diri. Dan terus insaf dan mula faham agama, cintai ilmu dan transfom menjadi insan yang sedar akan lemahnya kita dan Maha Bekuasanya Allah. Sekadar virus bersaiz micro yang tak nampak pun dek mata kasar, bisa menggoncang dunia dan seisinya. Begitulah hebatnya kuasa Allah. Begitulah lemah dan tiada daya dan upayanya hamba Allah seluruhnya. COVID-19 ini wajar membawa pengajaran berharga, yang membetulkan perspektif kita tentang kehidupan yang sementara ini.

Apa pun pada blog Kembara OZ yang saya dedikasi merekod travelog saya di tahun 2015 tika kembara mengenal tempat orang, melancung sambil bekerja, maka saya ingin trowback dengan memaparkan beberapa snap gambar yang masih tersimpan di dalam harddisk netbook isteri saya. Semoga sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia tika seronok hidup di negara orang. Sekaligus memahatkan kenangannya di sini buat tatapan anak cucu saya khasnya, dan anda semua pengunjung blog ini dari seluruh dunia. Jazakallah.

#TrowbackKenanganIndah
#DiMusimMusibah

pekan kecil Rochester

Downtown Rochester - bersih dan tersusun

indah sungai di Wood Wood ini

langit luas di OZ

kawasan perumahan tanpa pagar Bendigo

cantek pelbagai corak awan OZ

Southern Cross hub transport sentral Melbourne

Park berhampiran Queens Victoria Market

Kota Melbourne - the most liveable city in the world

building architecture yg uniq di OZ


Lake Boga Victoria - the best hidden majestic view


fruit & vegetables shop

Rail & Bus Station - Echuca

Lake Boga - Home of The Catalina

Tram - transport yg efisyen di Melbourne



Thursday, October 5, 2017

Kenangan Indah

Kenangan kembara ke bumi OZ dua tahun lebih yang lalu sangat manis dan terkesan di hati. Selepas pulang dari OZ, pakdin berpeluang pula kembara ke bumi seoul dan istanbul. Namun melbourne, victoria di bumi OZ tetap terbaek.

@@@



Monday, October 19, 2015

Kerja Ladang di Australia December 2015

Peluang Kerja Yang Hebat di Bumi OZ
Hubungi Pak Din Segera Untuk Keterangan Lanjut
eMail: batusungai.64@gmail.com

Sunday, October 4, 2015

Peluang Kerja Di OZ December 2015




Untuk khidmat nasihat Kembara ke OZ
Hubungi Pak Din
melalui eMail -->
batusungai.64@gmail.com

Iklan:
-------
Kerja Kosong: 
Picking Tomato 
di Victoria, OZ

Hanya 10 Kekosongan
Umur: 20-45 tahun (Lelaki @ Perempuan)
Flight: AirAsia
berangkat ke OZ
pada 1-7 December 2015
Hubungi Pak Din Dengan Kadar Segera untuk book tempat !! -->
eMail ke --> batusungai.64@gmail.com
(Fee Perkhidmatan yg munasabah di kenakan)


Hubungi Pak Din SEGERA !!!

Siapa Lambat Melepas --> Kerja mula Bulan December 2015

@@@

Tuesday, September 15, 2015

Jerebu Menyerbu

Pak Din rindu pulak pada udara bersih dan segar di bumi OZ. Pemandangan dan landskap yg indah. Itulah nikmat Allah yg hebat. Bila Pak Din pulang ke tanahair dan terpaksa melalui suasana udara yg jerebu, maka sangat terasa perbezaan qualiti udaranya. Masalah jerebu terus berlaku tahun demi tahun. Kekadang berlaku beberapa kali dalam setahun. Puncanya pembakaran hutan di sumatera. Tiada tindakan berkesan yg diambil untuk menghapuskan punca masalah jerebu ini. Pelik seolahnya negara2 lain terpaksa redho dengan jenayah yg berlaku di Indon itu?


Wednesday, September 9, 2015

Kenangan Melbourne

Sudah 18 hari Pak Din meninggalkan Melbourne. Tadi layan slide show gambar2 kat Melbourne. Kenangan mengusik jiwa la pulak. Melbourne memang a very nice city, Pak Din ingin ke sana lagi jika berpeluang.


























Wednesday, September 2, 2015

Lepas Geram

"Cendol dah habis. Baru nak pi ambik santan. Boleh tunggu sat?" jelas pemuda itu. "Takpe kami tunggu," jawab Mak Wan. "Nak order rojak biasa dua," tambah Mak Wan. "Bagi air kosong sama ye," sambung Pak Din.

Pak Din nak lepas geram. Dah enam bulan kot tak pekena rojak dan cendol ni.

Gerai Rojak Sameem (since 1998) di Greenwood ni memang produce rojak dan cendol the best in town.

Try la yo !!