Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Saturday, August 15, 2015

Say Goodbye






Kini tiba masa untuk say goodbye. Pagi ini Pak Din berangkat ke Melbourne. Cadangnya stay seminggu di sana. Flight ke tanahair pada sabtu depan, seminggu dari sekarang.

Semalam Pak Din bayar sewa cabin untuk seminggu $300 ($100x3) kpd  Mick manager Caravan Park. "Mick I may checkout on Sat or Sun morning. " Mick terus tulis atas kertas sewa pro rate yg harus di bayar.

"If I checkout first thing in the morning because our train depart at 7:26am, can you let us stay for nothing?" saya mencuba.

"No Sam. If you leave before lunch today then you dont have to pay. Once you stay the nite then you need to pay," jelas Mick. "$40 if you checkout tomorrow morning."

Mick bagi diskaun $2.85. "Can we have it for $30? $10 each? My wife will clean the cabin nicely," Pak Din cuba tawar. "You staying not that long Sam," katanya. "6 weeks plus 5 weeks last time. Common Mick, let me leave with good memory," sambung Pak Din. "Sorry Sam," jawab Mick.

Dalam hati Pak Din merungut kedekut betul mat salleh ni. Anyway memang biznes dia macam tu. Just like staying at hotel. Kira per nite stay. Dok cabin ni kira murah le $13 je sorang, Pak Din, Mak Wan dan anak bongsu kami.

So pagi tadi Pak Din masukkan envelop mengandungi kunci cabin dan cash $40 dlm mail box depan ofis Mick. Sesampai di stesen Roche, Pak Din cal Mick bagitau pasal checkout dan envelop itu.

Pak Din buat posting ni dalam train menuju Melbourne. Di jadual sampai pukul 10:23am.

Barangan sikit punya banyak. Ada 5 luggage besar, 3 bagpack, dan 4 handbag. Tu pun banyak barang yang Mak Wan donate balik ke kedai kebajikan Salvation Army.

Alhamdulillah sdra Hakim hantar Pak Din berempat dgn CRV nya. Siap tunggu hingga train sampai dan tolong angkat luggage ke dalam train. Terima kasih Hakim.

Rezki milik Allah. Ingat tak dua trip Pak Din ke Bendigo dua minggu berturut-turut dapat beli tiket family package. Jimat 50%. 

Tapi hari ni rezki tu Allah tarik balik. Pakcik tiket tu siap tanya umur anak. Katanya layak utk anak 17 thn ke bawah. So Pak Din kena full fare $22.60x4=94.40. Lari budget.

Trip ke Melb mengambil masa kurang lebih 3 jam. Pak Din pening la pulak. Ada 3 warga emas rugged kat sebelah seat Pak Din berbual non stop. Aduhai.

@@@ 

Thursday, August 13, 2015

Kenangan Terindah

Pak Din akan pulang ke tanahair tidak lama lagi. Segala memori di bumi OZ ini akan terpahat jua. Ada manis dan ada juga yang pahit. Namun semuanya Pak Din lihat secara positif. Allah letakkan Pak Din di sini dan Pak Din sangat syukur dan raikan suasana itu dengan terbaik, Malam ini Pak Din minta anak Pak Din transfer semua gambar2 ke netbook. Pak Din layan slide show ratusan malah ribuan snapshot yang di rakamkan oleh handset Mak Wan, Pak Din dan dua anak Pak Din. Seolah mengembali nostalgia pelbagai fasa yang di lalui selama kurang lebih enam bulan di bumi OZ ini. Pak Din layan dan kuntuman senyum pun bersemi.

Kedai Organic Di Bendigo

Mencari Harga Offer Di Pasaraya Woolworth 

Public Transport (PT) VLine Kombinasi Bas Dan Train - Stesen Echuca

Antara Mesin Canggih Di Farm OZ

Keindahan Lake Boga Menggamit Kenangan Manis

Manusia Berpusu Mencari Hala Tuju Di Melbourne

Pekerja Ladang Memburu Dollar Aussie

Kepulangan Yang Di Nanti Tidak Lama Lagi - Sayonara OZ

Monday, August 10, 2015

Buah Persimmon

Pak Din sangat suka akan buah ini. First time Pak Din rasa buah ni ialah bila di beri sebiji oleh bro Ang kawan Vietnam yg baik hati masa hari pertama kerja pruning pokok nutrin di Wood Wood dua tiga bulan yg lalu.

Sungguh ranggup dan enak dimakan dalam cuaca sejuk di bumi OZ ini. Boleh dimakan bersekali dgn kulitnya. Setelah bertanya beberapa orang maka tahulah Pak Din akan namanya, buah Persimmon.

Harganya boleh tahan mahal. Hari tu Pak Din tengok kat Pasaraya AGA A$12 per kg.  Semalam terliur punya pasal Pak Din beli dua biji di Pasaraya Coles $1.60 sebijik.

Masa ronda2 kat Queen Victoria Market di Melbourne tempoh hari Mak Wan ada beli juga 7-8 bijik dgn harga $5.50. Mak Wan tahu Pak Din sangat suka.

***

Persimmon fruit is a golden yellow, round or oval, flavorful, smooth textured delicacy from far East Asian origin. Its sweet, delicious flesh is packed with several health promoting nutrients such as vitamins, minerals, and anti-oxidants vital for optimum health.
Botanically, persimmons belong to the family of Ebenaceae, in the genus:Diospyros. This delicate fruit is native to China. From China, tt spread to Korean peninsula and Japan very long time ago, and later was introduced to California during the middle of the 19th century.
Scientific name: Diospyros virginiana.





Sunday, August 9, 2015

Black Sunday

Seluruh caravan park blackout malam tadi. Tak pernah terjadi sebelum ini. Masalahnya sejuk paras beku musim winter. Takde letrik heater takleh on. Memang siksa sejuk tahap gaban. Bangun subuh tadi keadaan blom jugak pulih.

"Still no power, what happen?" Pak Din tanya mat salleh yg lalu tepi cabin. "The fuse blow somewhere. The one for this park is ok." Pak Din komen balik, "Hope somebody working on Sunday to rectify the issue."

Mak Wan tak tahan sejuk ni. Apatah lagi nak masak pun tak boleh. Semua perlu letrik. Nasib baik mandi tadi masih ada supply air panas.

So naik tren ke Bendigo la nampaknya 9:26am walau tidak dirancang. Lepak2 kat mall. Makan2 di foodcourt. Santai and no hurry. Seronok juga kan.








Saturday, August 8, 2015

Bendigo Art Gallery

Pak Din melawat Bendigo Art Gallery yg tersohor itu. Entrance fee by donation. Takkan nak buat bodoh je, so masukkan $5 dlm box kat pintu masuk tu untuk cover kami 4 orang.

Agak menarik juga bahan pameran di dalamnya. Best berada di situ, agak tenang dan damai pada ruangan yg luas.

Bendigo Art Gallery in Bendigo, founded in 1887,[1] is one of Australia’s oldest and largest regional art galleries. 








Sunday, August 2, 2015

Rumah2 d OZ

Salah satu yg Pak Din admire kat OZ ni ialah reka bentuk dan susun atur rumah2 mereka. Sangat unik dan menarik. Terfikir kalau lah dapat bina di Malaysia best gak. Suasana yg selamat hingga pagar atau grill rumah bukan kebiasaan.

Bersih dan cantek juga faktor utama menarik bumi OZ ini. Mungkin cuaca sejuk berbanding negara kita menyebabkan design rumah yg tertutup dan agak rendah namun mungkin ada basement underground walaupun rata2 kelihatan sebagai single storey bungalow dari pandangan luar.

Design rumah pula berbeza antara satu dgn yg lain walaupun di kejiranan perumahan yg sama. Sistem perparitan bawah tanah juga menjadikan OZ lebih terurus.
















Saturday, August 1, 2015

Bendigo Again

Pak Din ke Bendigo lagi. Naik train pukul 7:26am. Beli tiket atas train sebab counter tiket kat stesen Roche belum bukak.

Kat sini customer service memang Pak Din respect. Kat atas train bila officer tukang check tiket tu mai Pak Din cakap la, "Ticket to Bendigo for 4 please." Terus dia balas, "Family package? Two adult and two kids. Is it return or one way?" Pak Din pun kata, "Return ticket. How much?" Dia pun balas, "$16.80 please."

Dalam hati Pak Din berkata bagus betul kat OZ ni depa jaga kebajikan rakyat. Sepatutnya one way $4.20 seorang, so kalau 4 orang return tickets $33.60.

Dia jelaskan, "The tickets are for both of you adults. The kids travel free of charge with adults." Mak Wan terkedu. Pak Din teruja.

Bendigo, here we come again.