Long Journey Start With First Step

Long Journey Start With First Step

Tuesday, August 3, 2021

THROWBACK

Di musim pandemik Covid-19 yg sudah masuk dua tahun lebih ini, rindu la pulak Pak Din untuk travel around the world dan terpaksa dipendam dulu, Nak pi PD pun tak lepas. Ini kan pula nak ke kota London. Jadi posting kali ini nak baling belakang (throwback) kenangan di bumi OZ lima tahun dulu. Isteri Pak Din baru transfer gambar2 di netbook lama ke PC baru kami ini. Jadi Pak Din akan pick in random gambar2 yg Pak Din suka untuk dipaparkan di blog ini sebagai kenang kenangan. Anak Pak Din ada suggest utk melancong ke Melbourne bila travel ban di angkat nanti. Bila Pak Din fikir2 bagus jugak cadangan tu. Belanja pun tak mahal sangat berbanding trip to London. Tiket baru seribu lebih berbanding tiga ribu lebih ke London to & fro. Banyak lagi tempat2 menarik di Melbourne yg Pak Din belum teroka. Contohnya the Great Ocean Road, 243km stretch of majestic ocean view. Wow !!























Thursday, April 2, 2020

BENDIGO

Saya sempat beberapa kali berkunjung ke bandar Bendigo, bandar kedua terbesar di Victoria. Bandarnya indah dan bersih. Mengikut sejarahnya bandar ini terbina daripada industri perlombongan emas, yang pada satu masa dulu merupakan yang terbesar di dunia. Tenaga buruh di bawa dari tanah besar China. Setelah industri perlombongan emas itu berakhir, maka semua mereka dihantar pulang ke China. Yang tinggal hanya sebuah Muzium yang merakam sumbangan sumber manusia daripada bangsa cina ini. Saya tidak melihat bangsa cina di bandar Bendigo ini. Cuma ada sebuah kedai asian food yang di operate oleh warga OZ berbangsa cina. Selain itu perkhidmatan tram yang merupakan mod transport utama di bandar puluhan tahun dahulu, kini sekadar dikekalkan di satu laluan sahaja sebagai kenangan sejarah dan disediakan untuk para pelancong sahaja. Begitu juga pusat perlombongan emas bawah tanah yang dikekalkan untuk menjadi tourist spot sekarang ini. Semasa saya berkunjung ke sini di awal tahun 2015, ada isu untuk pembinaan masjid pertama di Bendigo yang telah diluluskan pembinaannya, namun ada segelintir penduduk yang menentang pembinaannya, kerana kata mereka islam itu menggambarkan terorisma. Harapnya masjid pertama di Bendigo itu sudah menjadi kenyataan.












Pemandangan Di OZ

Bumi OZ kaya dengan pemandangan yang sangat cantek dan majestik. Ini termasuklah aneka corak awan di langit luas. Bentuk buminya yang landai dan berbulit bukau. Sungai dan tasek yang bersih dan indah. Kebersihan dan landskap serta ladang-ladang luas yang terjaga.














National Gallery of Victoria

We visited National Gallery of Victoria, a popular spot for tourist as well as local. Pak Din never fail to admire such place. Beauty with always touch of class. Melbourne voted as d most liveable city in the world not for nothing. We feel safe in the city, and in OZ as a whole. My vote for Melbourne. Say YES to Melbourne !!







PENDAMIK COVID-19

Mac 2020 terpahat dalam sejarah bila negara kita Malaysia diserang pendemik COVID-19 yang setakat 1/4/2020 sudah meragut 45 nyawa. Jumlah kes sudah mencecah 2,908 org. Perintah Kawalan Pergerakan sudah dikuatkuasa sejak 18/3/2020. Akan berakhir pada 14/4/2020, namun mungkin juga akan terus disambung lagi jika keadaan masih belum terkawal.

Pada tahun 2015, saya berkunjung ke OZ. Sungguh indah negara itu, bersih, aman dan cantek. Namun kini OZ juga tidak terlepas daripada ancaman COVID-19 ini. Tika nikmat Allah yang melimpah ruah, kita jarang zahirkan kesyukuran. Bila sedikit nikmat telah ditarik, maka kita begitu merasa kepayahannya dan merindui period hidup yang penuh kenikmatan melimpah ruah nanti. Begitulah lumrah kehidupan.

Saya ada mendengar sebuah video ceramah daripada seorang ustaz. Katanya, "COVID-19 ini didatangkan, untuk melihat siapa yang mampu menjadi peribadi yang  lebih baik di hadapan Allah dengan ujian yang datang ini? Kalau virus COVID-19 ini tidak mendekatkan kita dengan Allah, maka butuh virus yang bagaimana lagi yang dapat mendekatkan kita dengan Allah?"

Sangat benar statement ini. Justru mari kita sama-sama muhasabah diri. Dan terus insaf dan mula faham agama, cintai ilmu dan transfom menjadi insan yang sedar akan lemahnya kita dan Maha Bekuasanya Allah. Sekadar virus bersaiz micro yang tak nampak pun dek mata kasar, bisa menggoncang dunia dan seisinya. Begitulah hebatnya kuasa Allah. Begitulah lemah dan tiada daya dan upayanya hamba Allah seluruhnya. COVID-19 ini wajar membawa pengajaran berharga, yang membetulkan perspektif kita tentang kehidupan yang sementara ini.

Apa pun pada blog Kembara OZ yang saya dedikasi merekod travelog saya di tahun 2015 tika kembara mengenal tempat orang, melancung sambil bekerja, maka saya ingin trowback dengan memaparkan beberapa snap gambar yang masih tersimpan di dalam harddisk netbook isteri saya. Semoga sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia tika seronok hidup di negara orang. Sekaligus memahatkan kenangannya di sini buat tatapan anak cucu saya khasnya, dan anda semua pengunjung blog ini dari seluruh dunia. Jazakallah.

#TrowbackKenanganIndah
#DiMusimMusibah

pekan kecil Rochester

Downtown Rochester - bersih dan tersusun

indah sungai di Wood Wood ini

langit luas di OZ

kawasan perumahan tanpa pagar Bendigo

cantek pelbagai corak awan OZ

Southern Cross hub transport sentral Melbourne

Park berhampiran Queens Victoria Market

Kota Melbourne - the most liveable city in the world

building architecture yg uniq di OZ


Lake Boga Victoria - the best hidden majestic view


fruit & vegetables shop

Rail & Bus Station - Echuca

Lake Boga - Home of The Catalina

Tram - transport yg efisyen di Melbourne